Wacana Dakwah Al-Falah: Institusi Pondok Teras Kemajuan Ummah Madani

Kuala Krai, 6 Julai 2025 – Pondok Sungai Durian sekali lagi menjadi pusat tumpuan ilmuwan dan pendakwah tanah air menerusi penganjuran Wacana Dakwah: Al-Falah Memacu Ummah Madani Bersama Institusi Pondok. Program yang berlangsung pada hari Ahad bersamaan 10 Muharam 1447H ini telah dirasmikan oleh YB Senator Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Na’im bin Haji Mokhtar, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama).

Sumbangan Kepada Pihak Pondok Sungai Durian.

Program ini menghimpunkan lebih 10 institusi pondok dari seluruh Kelantan serta wakil-wakil agensi kerajaan di bawah Hal Ehwal Agama, dalam usaha memperkukuhkan kerjasama strategik antara institusi tradisi ilmu Islam dengan agensi peneraju dasar negara.

Antara objektif utama program ini adalah:

  • Memperkukuh peranan institusi pondok dalam mendukung nilai-nilai MADANI yang ditekankan oleh kerajaan.
  • Mengangkat martabat ummah melalui pemerkasaan ilmu, akhlak dan dakwah yang berkesan.
  • Membina jalinan kerjasama erat antara institusi pondok dan agensi-agensi kerajaan.
  • Mempromosikan institusi pondok sebagai pusat perkembangan ilmu kepada generasi muda.

Program bermula dengan pendaftaran seawal jam 10.15 pagi, diikuti Bicara Ilmu oleh YBrs. Tuan Haji Ahmad Fadzli bin Yusof, Principal Consultant Global Genius Consultant Sdn Bhd, yang menyentuh peranan strategik pendidikan pondok dalam membina masyarakat berintegriti dan berilmu tinggi.

Ucapan yang disampaikan oleh Dr Abu Anas Madani.

Majlis perasmian dimulakan dengan bacaan doa dan ayat suci Al-Quran oleh Ustaz Ahmad bin Anuar, disusuli ucapan alu-aluan oleh YBhg. Dato’ Dr. Abdul Basit bin Abdul Rahman, Pengerusi Yayasan Pondok Sungai Durian. Kemuncak acara ialah ucapan perasmian oleh YB Menteri Agama yang menyentuh kepentingan memartabatkan pendidikan pondok sebagai institusi warisan yang harus terus dipelihara dan diberi sokongan.

Ucapan Dato’ Setia Dr Mohd Naim.

Majlis turut menyaksikan penyerahan sumbangan cek cura daripada:

  • Tabung Musaadah JAKIM kepada 11 institusi pondok yang hadir.
  • YADIM kepada Pondok Sungai Durian sebagai sokongan kepada usaha pembangunan dakwah dan pendidikan.
Sesi bergambar Menteri Agama, Dato’ Setia Dr Mohd Naim bersama tetamu yang hadir.

Antara institusi pondok yang terlibat dalam program ini termasuk:

  • Madrasah Muhammadiyah Pondok Sungai Durian
  • Madrasah Islahiyyah Pondok Kuin Pasir
  • Madrasah Darul Abidin
  • Pondok Daril Naim
  • Madrasah Darul Ulum Pondok Belida
  • Pondok Tarbiah At-Thaqafah
  • Pondok Padang Bongor
  • Pondok Darul Irfan
  • Madrasah Ahbabull Mustafa Al-Islamiah
  • Maahad Ashraf Al-Abrar
  • Maahad Tahfiz Al-Quran Toriqul Jannah

Turut bersama menjayakan program ini adalah pelbagai agensi dan institusi utama seperti:

  • Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM)
  • Yayasan Taqwa Wilayah Persekutuan (MAIWP)
  • Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM)
  • Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)
  • Yayasan Wakaf Malaysia
  • Lembaga Tabung Haji

Sebagai penutup, sesi bergambar dan sidang media turut diadakan sebelum majlis bersurai sekitar jam 1.00 tengah hari.

Pihak Yayasan Pondok Sungai Durian merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan program ini. Diharapkan penganjuran wacana dakwah seperti ini akan terus menjadi platform utama memperkukuh jaringan dakwah, memartabatkan ilmu, dan mendidik generasi akan datang dalam semangat Malaysia MADANI.

“Melestari Gerakan Dakwah.”

Author:
Yayasan Pondok Sungai Durian (YPSD) merupakan organisasi yang berfungsi untuk mengendali Madrasah Muhammadiah (SMU) Pondok Sungai Durian, Maahad Tahfiz Ar-Rahman, Pengajian Pondok (Talaqqi), Masjid Ar-Rahman, Maktabah, Pondok warga emas, dakwah di luar kawasan, dakwah di alam maya dan menyebarkan pamplet dakwah, risalah, CD & buku dan lain-lain. Bagi mengerakkan gerak kerja Yayasan Pondok Sungai Durian, sumbangan boleh disalurkan ke Bank Islam (03-072-01-013646-1) dan Maybank Islamic (5530-2961-9714). Untuk maklumat lanjut, hubungi pengerusi YPSD, Dato' Dr. Abdul Basit (Hp. 0199441881), Setiusaha YPSD, Ustaz yahya Yaakub (Hp. 0148363449). Email Yayasan Pondok Sungai Durian : ypsd2017@gmail.com.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Hubungi Kami

Hubungi kami jika anda mempunyai sebarang soalan atau idea.