gallery-1-1

Masjid Ar-Rahman, Pondok Sungai Durian

Latitude : 5.57013
Longitude : 102.210166
Peta Lokasi
Yayasan Pondok Sungai Durian - Acc1
Daerah
  • KUALA KRAI
Alamat
  • DAERAH MENGKEBANG, 18000 KUALA KRAI, KELANTAN. 18000 KELANTAN
Sejarah Binaan
  • Masjid ini mempunyai dua menara berkubah dan satu menara utama. Selain itu, bumbung masjid ini ialah jenis bumbung yang bertingkat. Terdapat dua aras bagi ruang solat masjid ini. Bagi ruang solat utama masjid ini ialah berlantaikan permaidani indah. Pada bahagian dinding masjid ini diperbuat daripada cermin dan kaca. Masjid ini berbentuk segi empat pada keseluruhannya. Terdapat juga tulisan ayat-ayat suci al-Quran dan kalimah Allah di dinding masjid ini. Bagi ruang solat wanita dipisahkan dengan kayu.
Kemudahan
  • Kemudahan yang terdapat di masjid ini ialah stor yang dijadikan sebagai tempat menyimpan barang. Tandas, tempat wuduk lelaki dan perempuan juga disediakan di masjid ini. Tempat parking berbumbung turut disediakan di masjid ini hanya untuk motosikal dan kereta. Selain itu, terdapat juga tempat parking terbuka yang dapat memuatkan 20 buah kenderaan dalam satu masa. Masjid ini juga menyediakan pejabat bagi menguruskan urusan pentadbiran. Terdapat juga kantin, perpustakaan dan bilik imam di masjid ini.
Keistimewaan
  • Keistimewaan masjid ini ialah masjid ini berhampiran dengan kawasan pondok Sungai Durian dan pada masa yang sama masjid ini sentiasa di imarahkan dengan pelajar pondok tersebut.
Lokasi
  • Masjid ini berada di dalam kawasan kampung.Lokasi masjid ini ialah 100 meter dari jalan utama Kuala Krai yang menuju ke Machang.
Kapasiti Jemaah
  • 700
Keluasan
  • 1 kaki persegi