Yayasan Pondok Sungai Durian merupakan satu pertubuhan bagi menguruskan organisasi yang sedia ada serta menyelaraskan beberapa perkara yang berkaitan dengan pendidikan dan dakwah.
Yayasan ini berfungsi untuk mengendalikan:-
  1. Madrasah Muhamadiah Pondok Sungai Durian, sebuah pusat pengajian (sekolah) bermula dari peringkat Rendah & Menengah dengan sistem gabungan pondok + Yayasan Islam Kelantan (YIK)
  2. Maahad Tahfiz Ar-Rahman (Sepenuh masa dengan hafalan 30 Juzuk & Tafaqquh).
  3. Pondok Sungai Durian yang mengendalikan pengajian sepenuh masa dengan solaj Jemaah lima waktu, kelas pengajian Rafaqquh fi addin, Talaqqi berkitab.
  4. Masjid Ar-Rahman, yang boleh menampung 3 ribu orang Jemaah, Memakmurkan kelas pengajian, solat Jumaat, dan kelas Talaqqi.
  5. Maktabah/Perpustakaan yang mengumpulkan ribuan kitab-kitab turath dan semasa dalam Bahasa Arab dan juga Bahasa Melayu dibuka kepada para pengkaji dari semua tempat.
  6. Penduduk warga emas. Sepenuh masa tinggal di pondok. Beribadat dan mengikuti kelas pengajian fardhu ‘ain & Al-Quran Talaqqi Berkitab dan bimbingan ibadat.
  7. Dakwah diluar kawasan ke perkampungan orang asli.
  8. Dakwah di dunia maya, seperti facebook, youtube dan sebagainya.
  9. Menyebarkan pamplet dakwah, risalah CD & buku.
  10. Membantu pelajar-pelajar yang lebih memerlukan.

Yayasan Pondok Sungai Durian (YPSD) merupakan organisasi yang berfungsi untuk mengendali Madrasah Muhammadiah (SMU) Pondok Sungai Durian, Maahad Tahfiz Ar-Rahman, Pengajian Pondok (Talaqqi), Masjid Ar-Rahman, Maktabah, Pondok warga emas, dakwah di luar kawasan, dakwah di alam maya dan menyebarkan pamplet dakwah, risalah, CD & buku dan lain-lain.

Bagi mengerakkan gerak kerja Yayasan Pondok Sungai Durian, sumbangan boleh disalurkan ke

  • Bank Islam (03-072-01-013646-1) 
  • Maybank Islamic (5530-2961-9714)
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi
Pengerusi YPSD,
Dato’ Dr. Abdul Basit
(Hp. 0199441881),
Setiausaha YPSD
Ustaz yahya Yaakub
(Hp. 0148363449)
Email Yayasan Pondok Sungai Durian :