Sumbangan Mushaf Al-Quran Untuk Tahanan Depot Imigresen Tanah Merah

Menurut surat yang ditandatangani oleh Pengerusi KIDTM, Muhammad Hafiz bin Abd Rahim, pihak kelab sedang mengatur pelbagai program kebajikan dan kerohanian untuk para tahanan. Antara keperluan utama yang dikenal pasti ialah penyediaan mushaf Al-Quran sebagai bahan bacaan, bimbingan rohani, serta panduan dalam mendekatkan diri kepada Allah SWT.
“Sumbangan ini bukan sahaja akan memberi manfaat kepada para tahanan, bahkan menjadi amal jariah yang pahalanya berterusan selagi mushaf tersebut dibaca dan diamalkan,” jelas pihak KIDTM dalam permohonan tersebut.

Yayasan Pondok Sungai Durian menyambut baik usaha ini sebagai salah satu inisiatif yang membawa kebaikan bukan sahaja kepada para tahanan, malah juga kepada masyarakat penyumbang yang ingin bersama menghidupkan syiar Islam melalui Al-Quran.
Program ini dijangka dapat memberi impak besar dalam memperkukuhkan aspek kerohanian para tahanan, selain membuka ruang kepada orang ramai untuk turut serta dalam usaha dakwah dan kebajikan.
Author: yayasanpsd1
Website: https://yayasanpsd.com
Recent Comments