018-900 0235 yayasanpsd1@gmail.com Ahad – Khamis, 9.00 pagi – 4.00 petang
Utama  /  Aktiviti

Mesyuarat Bulanan YPSD (Mei) & Majlis Hari Raya

24 Mei 2023

Rabu, 24 Mei 2023
4 Zulkaedah 1444H

Berlangsungnya mesyuarat bulanan bersama Dato’ Dr Abu Anas Madani, Pengerusi YPSD & Musyrif MMPSD dan para asatizah membincangkan isu-isu berbangkit dan juga program yang bakal diadakan di waktu mendatang.

Pada masa yang sama Mudir MMPSD Dr.Bunyamin bin Abdul Rahman, membentangkan agenda mesyuarat bulanan-Mei sebagai perancangan pelan strategik bagi mencapai matlamat MMPSD yang bernaung di bawah YPSD untuk masa depan warganya.

Kesempatan ini, YPSD mengadakan majlis jamuan Hari Raya buat Asatizah, staf, dan juga pelajar dengan menyediakan jamuan nasi palau dan menjemput ACW Apam Balik Stadium Station untuk menyedikan apam sepanjang majlis.