Selasa, 20 Oktober 2026 — Yayasan Pondok Sungai Durian (YPSD) menerima kunjungan wakil Bank Islam Cawangan Pantai Timur ke Madrasah Muhammadiah Pondok Sungai Durian, Kuala Krai, Kelantan.
Rombongan disambut oleh pimpinan yayasan dan pondok. Sesi pertemuan yang diadakan di bilik mesyuarat pondok menjadi ruang untuk saling berkenalan serta berkongsi maklumat tentang peranan yayasan dalam bidang pendidikan dan dakwah di Pondok Sungai Durian.
Pihak yayasan merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Bank Islam atas kunjungan serta keprihatinan yang diberikan. Semoga hubungan baik ini terus terjalin dan membawa manfaat kepada pondok, para pelajar serta masyarakat sekitar.
Jazakumullahu khairan kathira.




