Khamis, 26 Oktober 2023 11hb Rabiul Akhir 1445H. MMPSD- Pada hari ini, Rabu 26/10/2023 seorang pelajar Tahfiz Ar-Rahman, MMPSD telah khatam 30 juzuk al-Quran al-Karim. Beliau ialah Muhammad Syakir Syawal bin Muhammad Zahid merupakan pelajar tingkatan 4 di MMPSD sempat mengkhatamkan al-Quran sebelum menduduki peperiksaan SMU yang akan berlangsung pada 15 Januari 2024. Musyrif MMPSD Dato' Dr. Abdul Basit Abdul Rahman, Mudir MMPSD Dr. Bunyamin Abdul Rahman, Penyelaras dan Asatizah Tahfiz Ar-Rahman serta warga pendidik merakamkan ucapan tahniah kepadanya yang telah berjaya menamatkan hafazan. Semoga warga pendidik dan para pelajar tergolong dalam kalangan ahli al-Quran serta sentiasa mengamalkannya dalam kehidupan dan seterusnya, Maahad Tahfiz Ar-Rahman di bawah pimpinan Dato' Dr. Abdul Basit bertambah maju, mendapat rahmat Allah dan diberkati Allah Taala, Insya Allah.

