Khamis, 26 Oktober 2023
11hb Rabiul Akhir 1445H.
MUHAMMAD AMMAR HAKIMI KHATAM HAFAZAN AL-QURAN 30 JUZUK
MMPSD - Salah seorang pelajar Tahfiz Ar-Rahman tingkatan 4 di MMPSD telah khatam 30 juzuk al-Quran al-Karim.
Beliau ialah *Muhammad Ammar Hakimi bin Mat Rais* telah berusaha sedaya upayanya untuk khatam hafazan al-Quran sebelum menduduki peperiksaan SMU yang akan berlangsung pada 15 Januari 2024.
Musyrif MMPSD YBhg. Dato' Dr. Abdul Basit Abdul Rahman, Mudir MMPSD Dr. Bunyamin Abdul Rahman, Setiausaha & Kewangan MMPSD Yahya Yaacob Abi Nailah, Penyelia Tahfiz Ustaz Abdul Hayyi Zilkifli, Timbalan Penyelia/Timb. Penyelaras Ustaz Danial Shamsudin dan Asatizah Tahfiz Ar-Rahman Ustaz Anas MtAq, Ustaz Najmi Aslam, Syeikh Mutawi', Ustaz Nur Hafidz Abu Nuha Nuwairah serta warga pendidik merakamkan ucapan tahniah kepadanya yang telah berjaya menamatkan hafazan. Semoga warga pendidik dan para pelajar tergolong dalam kalangan ahli al-Quran serta sentiasa mengamalkannya dalam kehidupan dan seterusnya, Maahad Tahfiz Ar-Rahman-MMPSD di bawah pimpinan YBhg. Dato' bertambah maju, mendapat rahmat Allah dan diberkati Allah Taala, Insya Allah.

