018-900 0235 yayasanpsd1@gmail.com Ahad – Khamis, 9.00 pagi – 4.00 petang
Utama  /  Aktiviti

Khatam Hafazan 30 Juz Al-Quran - Ahmad Hasmizan

10 Disember 2023

Selasa, 21 November 2023
7hb Jamadil Awal 1445H.
Anak Kelahiran Makkah Khatam Hafazan 30 Juzuk al-Quran.
MMPSD - Bertambah seorang lagi pelajar Tahfiz Ar-Rahman-MMPSD yang telah khatam 30 juzuk al-Quran al-Karim. Beliau ialah Ahmad bin Mohd Hasmizan, anak kelahiran Makkah.
Musyrif MMPSD, YBhg Dato' Dr. Abdul Basit Abdul Rahman, Mudir MMPSD, Dr. Bunyamin Abdul Rahman, Setiausaha & Kewangan MMPSD, Yahya Yaacob Abi Nailah, Penyelaras dan Asatizah Tahfiz Ar-Rahman serta warga pendidik merakamkan ucapan tahniah kepadanya yang telah berjaya menamatkan hafazan. Bapanya adalah salah seorang alumni MMPSD.
Semoga warga pendidik dan para pelajar tergolong dalam kalangan ahli al-Quran serta sentiasa mengamalkannya dalam kehidupan dan seterusnya, Maahad Tahfiz Ar-Rahman di bawah pimpinan YBhg. Dato' bertambah maju, mendapat rahmat Allah dan diberkati Allah Taala, Insya Allah.