Keratan Majalah Kelantan keluaran Ogos 1972 (Jamadilakhir 1392) merakamkan Tuan Guru Haji Abdul Rahman, Mudir Madrasah al-Muhammadiah Sungai Durian, menerima bantuan tahunan daripada Kerajaan Negeri Kelantan.
Keterangan gambar dalam majalah tersebut, yang ditulis dalam tulisan Jawi, berbunyi lebih kurang begini:
"Bantuan tahunan Kerajaan Negeri [kepada] sekolah-sekolah ugama rakyat di seluruh [negeri] disampaikan baru-baru ini dalam suatu [majlis] ringkas di tempat kediaman Yang Amat Berhormat Menteri Besar di Kota Bharu. Kelihatan […] Jawatankuasa Hal Ehwal Ugama […] Abdullah Ahmad sedang menyampaikan cek kepada Tuan Guru Haji Abdul Rahman bin […], Mudir Madrasah al-Muhammadiah, Sungai [Durian] […]"
(Tanda […] menunjukkan bahagian yang terlindung pada keratan.)
Bantuan ini antara sokongan awal kerajaan negeri kepada madrasah, kira-kira 14 tahun selepas pondok diasaskan pada 1958. Rakaman sejarah ini mengingatkan kita bahawa institusi ini dibina atas usaha para guru terdahulu bersama sokongan masyarakat dan kerajaan. Semoga Allah SWT mengurniakan sebaik-baik ganjaran atas jasa Tuan Guru Haji Abdul Rahman.
Lihat semua keratan dalam album: Keratan Majalah Kelantan, Ogos 1972.
Sumber: Majalah Kelantan, Ogos 1972.


